
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon veteran, Latif Ibrahim. Terbaru, satu berita mengenai kematian beliau yang sememangnya menghidapi masalah jantung dan sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) itu telah tersebar. Berita palsu tersebut bukan saja mengundang rasa kurang senang keluarga beliau malah ia turut membangkitkan kemarahan ahli keluarga mereka.
Pelakon Liza Abdullah yang juga rakan beliau berkata, Latif kelihatan bersemangat dan boleh berborak dengannya ketika melawat beliau pada Sabtu malam.
“Keadaannya stabil. Dia boleh berborak dengan saya sambil bertanya saya tak ‘shooting’ ke?” katanya
Menurut Liza, dia bergeges ke IJN pada Sabtu selepas mendapat berita kononnya Latif meninggal dunia.
Jelasnya, selepas melihat dan berjumpa Latif secara berdepan barulah dia berpuas hati dan menganggap tuduhan itu adalah palsu.
“Saya geram betul. Kenapalah ada org yang suka sangat buat cerita tak betul. Saya memang tak sedap hati bila dapat tahu cerita tu. Sebab tu saya terus ke IJN untuk melihat kesahihannya,” kata Liza.
Tambahnya, Latif merupakan individu yang kuat semangat dalam menempuh penyakit jantung yang di hadapinya itu.